Rabu, 25 Mac 2009

Ramalan Bulan Kelahiran Fazilah Kamsah (Oktober)

OKTOBER
Suka sembang (kalau sekepaler r..)
Suka orang yang sayang padanya (yup.. sebab serik tak dihargai)
Suka ambil jalan tengah ( Alaa.. kalau jalan tengah tu jer yang ader..)
Sangat menawan & sopan santun (Sopan santun ker aku ni..?)
Kecantikan luar & dalam (Orang buta leh r cakap camni kat aku..)
Tidak pandai berbohong &berpura-pura (Memang.. kalau x suker terus terpancar kat muka.. takreti lah aku nak senyum di mulut dalam hati mengutuk..)
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan (Tu sebab aku ni ni selalu digunakan oleh orang lain.. aku tau tu..)
Sentiasa berkawan (Tapi lepas kes tragis aku.. Hanya Baby Adam la kawan & kekasih hati aku)
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama (Tak reti nak merajuk pun sebenarnya..)
Cepat marah (Urm.. Tapi bukan marah orang.. selalunya aku ni melenting dengan benda.. macam gelang tersangkut ker.. fon terputus-putus ker.. haa hangin la aku.. Tapi orang buat aku separuh mati pun relax jer..)
Macam pentingkan diri sendiri (Tidak sama sekali.. Aku ibarat lilin yang membakar diri..)
Tidak menolong orang kecuali diminta (Tu ego nama namanya tapi baik hati.. Urm.. Aku ni plak selalu tawarkan pertolongan dalam erti kata lain.. aku plak yang pening cari jalan macam mana aku boleh tolong orang lain..)
Suka melihat dari perspektifnya sendiri (Urm.. sebab aku pun ader otak n dah banyak pengalaman hapy n tragis yang aku dah lalui..)
Tidak suka terima pandangan orang lain (Nop.. malah aku lah manusia yang pasti akan bertanya pendapat orang lain dalam segala hal.. tetapi sedikit sahaja yang aku pakai pendapat orang tu.. bertanya hanya sebagai rujukan..)
Emosi yang mudah terusik (Ntah.. yer kot tapi orang jer yang tak tau..)
Suka berangan & pandai bercakap (Berangan.. dulu2 yer.. tapi orang kata pelamin anganku musnah.. dan sekarang aku tak suker berangan lagi.. kerana semuanya realiti sekarang titik hitam yang aku lalui..)
Emosi yang kelam kabut (No.. itu bukan aku kot.. sebab aku ni jenis cool..Macam takder perasaan pun ader kadang2..)
Daya firasat yang sangat kuat terutamanya perempuan (Tapi aku pernah tersalah pilih dan tersilap menilai seseorang sehingga aku terjatuh ke lubang yang paling dalam.. bak kata orang Black Hole.. jadi aku takut untuk menilai lagi..)
Suka melancong,bidang sastera & seni (Itulah aku.. Tapi terpaksa menyusuri Bidang Kimia plak dah..)
Pengasih, penyayang & lemah lembut (Lemah lembut kantoi r.. sebab aku ni jenis selamber beb.. tengok la dah anak sorang pun selamber jer..)
Romantik dalam percintaan (Alaa kalau aku sorang yang romantik pun menyampah gak eh..)
Mudah terusik hati & cemburu (Haa haa haa.. CEMBURU.. aku cemburu?? Maybe tak pernah lagi kot orang yang aku betul2 sayang ader orang lain.. tapi aku ni memang payah nak cemburu sebab ni open minded r konon..)
Ambil berat tentang orang lain (Yup.. tapi takder plak orang nak ambil berat pasal aku pon.. ni cedey nih)
Suka kegiatan luar (Urm.. camping.. memancing.. picnic.. makan hangin.. balik kampung aku kat Besut.. huhu)
Orang yang adil (Yes.. Nak kawin 4 pun boleh ni tahap adil aku tu)
Boros (Boros.. betul gak time aku rasa ader duit lebih.. tapi time sengkek.. aku la yang paling kedekud..)
Mudah dipengaruhi persekitaran (Nop.. Aku tak makan hasutan r beb..)
Mudah patah semangat (kalau aku ni mudah patah semangat takder la aku leh hidup dengan aman sekarang ni kot.. Alaa.. lau tahu perjalanan hidup aku.. nampak sangat semangat aku ni lebih keras daripada berlian..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rajin-rajinkan tinggalkan komen anda..