Isnin, 9 Mac 2009

Adam Nurhakimi

Adam..
Adam sayang mama tak..???
Urmm..
Adam tak kan salahkan mama kan..?
Kerana membawa Adam bersama mama..
Kerana mama melangkah keluar dari pintu pagar itu..
kan Adam..
Menyebabkan Adam tercerai daripada ayah mu nak..
Tapi mama terpaksa sayang..
Demi menyelamatkan mu..
daripada mangsa kegilaan ayahmu..
Adam sayang mama..
Dengar kan mama sayang..
Mama sayangkan Adam melebihi nyawa mama sendiri..
Masih mama terbayang..
Di saat ayahmu cuba membunuhmu..
Bagaikan hilang sudah nyawa mama..
Terduduk mama menangisi nasib mu..
Meraung mama kerana sayangkan mu..
Melutut mama mohon perikemanusiaan ayahmu..
Memohon keizinan untuk melahirkanmu..
Merayu simpati ayahmu dengan air mata mama..
Biarpun mama tahu tiada lagi simpati darinya buat mama..

Adam..
biarpun mama tahu amat susah untuk mama..
Membesarkan mu seorang diri..
Ditambah lagi dengan bebanan yang diwariskan ayahmu..
Tapi mama nekad..
untuk tetap mempertahanmu..

Adam..
hanya dirimu nak yang mampu mengangkat kembali maruah dan darjatmama
yang telah dipijak lumat olah ayahmu..
Hanya dirimu yang mampu memberikan perasaan seorang ibu buat mamamu ini..
Biarpun kehadiran mu nanti akan mama sambut seorang diri..
Dan pandangan matamu hanya dihiasi dengan suara dan wajah mama..
tanpa senda gurau seseorang yang layak untuk bergelar ayahmu..
Tapi mama berjanji akan mendidikmu dengan penuh kasih sayang..
Agar tidak mengikut jejak langkah ayahmu..

Adam..
Dengarlah sayang..
Luahan hati mama..
yang menunggu kelahiranmu..
Biarpun dengan debar di dada..
Biarlah orang lain tidak tahu..
mama tidak mengharapkan simpati daripada orang yang hanya memandang..
kerana mama tahu..
Tidak kemana semua itu Adam..
Yang mama tahu..
mama harus dan terlalu ingin melahirkanmu untuk menemani mama..
mama harus mendidikmu agar tidak bernasib seperti mama..
mama harus memberikan mu kasih sayang biarpun hanya mama seorang..
mama harus menjaga makan pakaimu walaupun mama tak tahu lagi bagaimamana..
mama harus menyediakan perbelanjaanmu secukupnya walaupun mama cukup takut andainya mama tak mampu..
mama harus memastikan pendidikanmu sehingga ke peringkat yang tertinggi..
mama harus membuatkanmu faham kenapa hanya mama di sisimu..
Dan Adam..
Maafkan mama kerana harus membuatmu lahir ke dunia tanpa ayah di sisi..
Tapi mama berjanji akan memberikanmu kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk mu..
Mama berjanji tidak akan mengabaikan mu sayang..
sehingga ke akhir usia mama..
kerana..
Mama terlalu menyayangi mu..



1 ulasan:

  1. SALAM...
    dik, bersabarlah atas dugaan yang menimpa diri...terselit sejuta hikmah di sebaliknya...ALLAH MAHA BIJAKSANA mengatur corak warna kehidupan hambaNya. HANYA DOA dan terus MUNAJAT kepadaNya..agar diberi perlindungan buat dik dan ADAM di rantauan...InsyaAllah....
    banyakkan ziqru innalillahhiwainna ilhiroji'uun...
    insyaAllah,akan diberi ganti yang terlebih baik buat dik dan ADAM...amin

    BalasPadam

Rajin-rajinkan tinggalkan komen anda..