Rabu, 11 Mac 2009

Lelaki Itu....

Dulu aku pernah berjanji..
akan menjadi isteri yang baik..
isteri kesayangan suami..
Yer.. itulah cita-cita agung dalam hati wanitaku..
malah sehiggalah saat aku dikasari.. di sepak terajang.. di caci maki..
masih tebal rasa hormatku pada 'lelaki itu' sebagai suami yang sah buatku..
kenapa aku begitu sabar dengan karenahnya..
biarpun 'lelaki itu' sebenarnya tidak layak untuk dihormati..
sedangkan dia juga tidak pernah menghormati ibu dan bapanya sendiri..
apatah lagi aku.. tapi dia tetap suami aku..
sehinggalah.. 'lelaki itu' menghalauku..
aku masih lagi menghormati dia.. masih lagi menjatuhkan air muka ku..
kerana 'lelaki itu'lah suami aku..
kerana telah berjanji untuk tidak mengasari, memukul, menarik rambutku,menendangku, menamparku..
biarpun janji 'lelaki itu' hanya untuk malam itu sehingga pagi esok sahaja..
namun aku bersyukur..
terselamatlah aku pada malam itu..
Dan percubaan 'lelaki itu'untuk membunuh bakal zuriat dalam rahimkumenyebabkan aku nekad.. melarikan diri dengan melanggartaklik yang telah 3 kali diulang tayang di pendengaran ku..
Saat aku melangkah keluar dari pintu pagar rumah 'lelaki itu'..
Aku sedar.. apa yang akan terlucut dariku..
Dan apa akibat dari perbuatan itu..
Namun aku tau.. Allah swt itu jauh lebih tahu..
betapa terpaksanya aku.. demi bakal zuriatku..
masa depan Adam Nurhakimi..
Aku terlalu inginkan kehadiran Adam Nurhakimi..
Kerana sejak aku tahu kehadiran satu ketulan darah itu dalam rahimku..
aku tahu itu kepunyaanku.. hak aku..
Akan tetap aku pertahankan biarpun tergadai nyawa sendiri..
'lelaki itu' juga tidak berhak mengambilnya dari aku..
dan 'lelaki itu' juga tidak layak bergelar ayah kepada Adam Nurhakimi..
kerana 'lelaki itu' lah yang telah cuba untuk membunuh zuriat sendiri..
Cuba untuk membuat aku kehilangan seseorang yang akan menemani hidup dan matiku..
Kini.. walaupun aku tiada peluang untuk membuktikan yang aku boleh menjadi yang baik untuk suami yang baik..
tapi aku tetap ada peluang untuk membuktikan pada diri aku sindiri..
yang aku masih boleh menjadi ibu yang baik..
selama-lamanya hak itu takkan dapat dirampas oleh 'lelaki itu' mahupun siapa-siapa..
Adam.. Mama akan berusaha menjadi ibu yang terbaik buat mu sayang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rajin-rajinkan tinggalkan komen anda..