Jumaat, 30 Oktober 2009

Wanita 2....

Benar! Wanita adalah sayap kiri buat kaum Adam. 
Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. 
Di belakang lelaki yang berjaya pasti ada seorang 
wanita mulia yang sentiasa memberi semangat dan 
dorongan padanya. 
 

“Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam. 
Bukan daripada tangan untuk dijadikan penjunjung, 
bukan daripada kaki untuk dijadikan pengalas. 
Tapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidup. 
Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat 
dengan hatinya untuk dikasihi.”

Seorang lelaki adalah pelindung bagi seorang wanita. 
Lelaki buat wanita ibarat mega yang meneduhi insan 
daripada panahan sinar mentari. Lelaki dan wanita 
saling memerlukan. Lengkap-melengkapi antara satu 
dengan yang lain. Hawa lahir dari tulang rusuk kiri Adam. 
Wujudnya Hawa kerana rindu dan sepi Adam. 
Jelas! Lelaki perlukan kelembutan dan mawaddah wanita. 
Wanita perlukan kekuatan dan semangat lelaki. 

Kata-kata...


Raden Andriyana bermadah:
"Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup."

Ku Firi berbicara:
"Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati."

Aliya cinta itu seperti angin... 
kita tidak pernah nampak angin... 
kerana agin tidak pernah ada warna. 
Tetapi kita tetap merasa angin yang berhembus, 
sejuk dan damai.” 

Jangan ingat abang akan semudah itu melupakan Aliya 
apabila memandang orang lain!” 

Perempuan....

Ketahuilah Allah swt dah anugerahkan dalam diri setiap 
perempuan sifat rahmah...
Sifat penyayang.. 
Walau bagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi 
masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang. 
Bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. 
Dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan tetapi 
sebenarnya satu penyempurnaan. 
Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung..
Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti 
jantung dan paru-paru..
Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu 
secara semulajadinya dua sifat tadi juga ada dalam dirinya, 
iaitu penyayang dan pelindung. 
Oleh sebab tulah perasaan perempuan ni halus. 
Kerana adanya dua sifat itu jugalah, maka seorang perempuan 
sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan kerenah anak-anak. 
Bersabar apabila hatinya diguris atau dikecewakan oleh mereka. 
Yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

Kalau ada....


 

















Ya Rabbul Jalil..
Masih layakkah aku memohon pada-Mu..
Kurniakan aku sejalur bahagia..
Jika masih ada jodoh buatku..
Temukan lah aku dengan seorang yang memahami aku..
Yang boleh mengawal aku dengan caranya..
Yang boleh ketawa dan menangis bersama...
Yang mengalirkan aliran kasih sayang dalam setiap
sentuhannya..
Yang kurasakan selamat dalam pelukannya..
Yang mampu membuatku menangis terharu mahupun kerna 
gembira..
Yang boleh membimbing aku ke jalan-Nya.. 
Inya Allah.. Kesetiaan ku pasakkan padanya.. 
cintaku bersimpul mati buatnya..   
Malahan..
Jantungku juga akan ku gantikan untuknya..

Isnin, 26 Oktober 2009

Terpaksa Ku Akui

Terlalu sering aku ketawa...
Senyuman cuba ku ukir sentiasa..
Ku buang jauh memori sejuta luka..
Menutupi tabir air mata yang tiada lagi bersisa..

Ku pandang wajah kecil itu..
Ku ukir senyuman redup sayu..
Mengertikah dia akan ratap ibumu..
Terselindung disebalik gelak tawa sendu..

Hari-hari ku isi dengan telatah manjanya..
Ku lempar jauh kantung pilu ke lembah durjana..
Ku gagahi juga melangkah bersama amanah-Nya..
Demi kehidupan yang belum kunjung penamatnya..

Namun.. tetap terselit jua..
Kerinduan walau seminit dua..
Rindu pada perhatian dan kasih sayang sejiwa..
Rindu bersulam dendam pada yang punya angkara..

Lantaran rinduku pada kasih dan sayang..
Ku terbang pulang mendakap dia seorang..
Insan kecil yang tersenyum girang..
Membuatkan rasa dihargai itu datang bertandang..

Namun terpaksa ku akui..
Diriku ingin untuk dihargai..
Ingin ku merasa indahnya cinta serasi..
Anganku genggam kasih sayang sejati..
Dari seorang seLAYAKnya bergelar SUAMI..

MawarshafiQ

Isnin, 12 Oktober 2009

Harapan Lebaran

Aku menghitung detik yang berlalu..
Saat hanya tingggal beberapa hari lagi..
Seluruh umat Islam menyambut kedatangan Syawal mulia…
Aku bergelumang dengan perasaan sendiri…

Aku keliru.. apa yang aku hajati sebenarnya.. aku telah membuka peluang
untuk cinta itu datang semula.. namun hampa.. aku tidak mampu untuk
bercinta lagi…Menunggu untuk jodoh itu datang.. namun jodoh yang datang
tak mampu ku pertahankan..Aku keliru.. gambaran seperti mana yang ku
bayangkan.. aku tidak pernah meletak syarat.. kerana aku tahu siapa aku..
tapi kini setelah aku membuat keputusan untuk bersara dari bidang hati dan
cinta.. aku semakin sepi.. kesepian ini sering bertamu..
aku cuba menyibukkan diri.. namun tugas ku yang selalunya lapang menyebabkan
fikiranku sering menerawang jauh dari landasan.. menyebabkan semua
kenangan pahit ku yang dulu terlayar di skrin ingatan…

Aku cuba meneruskan kegemaran ku yang sejak dulu.. mendengar
lagu-lagu 90-an..
namun lagu-lagu itu yang menyebabkan aku bertambah sepi..
aku cuba menghabiskan
masa dengan membaca cerpen.. namun kisah-kisah bahagia yang
menjadi penamat cerita menyebabkan aku semakin cemburu…
cemburu dengan kebahagian yang dikecapi..
kenapa dengan hidup aku.. kenapa pengakhiran aku sebegini rupa…
adakah aku tidak layak unuk mendapat bahagia… adakah aku tidak layak
untuk dihargai….

Aku cuba untuk menarik kembali semangat ku yang teguh setahun yang lepas..
tetap gagah melalui liku-liku hidup dalam meniti hari-hari menunggu kelahiran…
Namun aku goyah kini.. semuanya kerana cinta yang dihulur lelaki hipokrit itu..
menyebabkan aku kini terpaksa menerima kenyataan aku memerlukan
seseorang untuk disayangi.. seseorang sebagai tempat mengadu..
seseorang untuk berkongsi suka duka..
namun seseorang yang serasi itu yang aku perlukan..
bukan seseorang yang hanya
memerlukan aku kerana desakan naluri kemanusiaan.. aku perlukan seseorang
yang boleh menghargai aku… menyayangi aku.. semua itu kerana hati ini
sudah tidak mampu untuk menerima sebarang kelukaan lagi.. hati ini sudah
teruk bernanah… belum mampu untuk aku sembuhkan.. dan aku mengambil
keputusan biarlah masa yang mengubatinya..mungkin juga segala kelukaan ini
akan berparut dalam…

Aku akui merindui kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami..
walaupun aku tidak pernah merasa kasih sayang yang mampu untuk ku simpan
kukuh dalam memori ingatan.. namun hati ini sering terdetik.. kasih sayang
seorang suami pasti membahagiakan.. namun hatiku terlalu rapuh untuk bercinta..
aku tidak mudah lagi untuk menerima seseorang atas niat untuk mencuba.. aku sudah
puas mencuba.. hati ku mati.. mungkinkah peluang tiada lagi untuk aku bercinta..
untuk aku jatuh cinta.. siapa yang aku harapkan lagi untuk mengisi hariku selain
Adam.. hanya insan kacil yang begitu memahami itulah pengisi hariku.. setiap kali
aku merasa sepi.. hanya zuriatku itu yang kucari untuk membuang sepiku..
syukur alhamdulillah.. aku punyai peneman yang akan menemani dunia dan akhiratku..

Aku pasrah kini Ya-Allah.. hanya pada-Mu aku sandarkan hatiku.. sekiranya ada
jodoh terbaik buatku… Kau bukalah pintu hatiku.. Sekiranya ada lagi kebahagiaan
buat aku.. kau pertemukanlah aku dengan seseorang yang boleh membuka semula pintu
hati ini.. menyayangi aku dan Adam.. dan seseorang yang menghargai aku…
aku bukanlah mengimpikan sesuatu yang di luar kelayakanku.. hanyalah sebuah
kebahagiaan yang ikhlas hadir dari dua hati.. Di lebaran ini aku memohon padamu…
Kurniakanlah aku sebuah kebahagiaan yang kekal abadiey…
Amin Ya Rabbal Alamin…

Mungkin cinta abadiey?

Perjalanan hidup aku..penuh onak dan duri kini…membesar di kampung..
menyambung pelajaran di ibu kota.. bercinta itulah kenangan terindah buat aku
sekarang..
kerana aku telah mengkhianati sebuah cinta yang agung dalam tanpa aku sedari..
Aku memutuskan hubungan lantaran tidak tahan dengan sikapnya sewaktu itu..
bukan berniat mengecewakan dia.. tapi hanya untuk memberikannya pengajaran..
namun aku alpa.. dalam waktu menunggu perubahan dirinya..
aku terjebak dalam permainan seseorang yang paling aku benci sekarang..
orang yang meragut semua kebahagiaan yang bakal aku kecapi..
seseorang yang kejam menyebabkan aku tidak sedar semua tindakan..
yang  memburukkan lagi keadaan.. saat pertama aku memandang wajah dia..
aku terus alpa pada siapa aku.. tanggung jawab aku.. tanpa aku sedari..
aku dan keluarga hanya mampu menurut semua kata-katanya..
dua bulan usia perkenalan.. aku hanya menurut berkahwin dengannya..
sumpah aku tak dapat berfikir dengan waras.. keluargaku juga begitu..
dalam usia perkenalan kami.. aku telah pun disakiti..
pipiku sering menjadi mangsa tamparan tangan sasanya..
rambut ku juga hamper menampakkan kulit kepala..
namun kenapa aku masih sudi untuk mengahwininya.. waraskah aku ketika itu..?

Perkahwinan ku terus membuahkan benih lantaran niat suci nya untuk terus
mendapatkan
zuriat lantaran zuriat pertamanya tidak sempat dipangku di bawa lari oleh bekas
isterinya.. lantaran kasihan aku bersetuju.. namun sudahlah mendung..
terus hujan belum sempat ke petang.. seusia seminggu perkawinan aku
mula disakiti disepak terajang..
dan aku hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja..
di sepak terajang.. dimaki hamun setiap malam.. aku masih mampu bertahan
dan bersabar..namun dek kerana ugutan bunuh dan cubaannya untuk membunuh
zuriat dalam rahimku membuatkan aku nekad melanggar taklik yang telah dilafazkan..


Kini aku telah bergelar seorang ibu.. Kepada Adam Nurhakimi…
masalah baru menjelma.. permintaan ibu yang risaukan kami dua beranak di
perantauan..
aduh.. semua menyalahkan aku kerana mengecewakan cinta aku yang dulu..
seluruh keluarga aku menyayangi nya.. termasuk nenek aku..
ye lah usia 5 tahun bercinta aku sia-siakan..  aku juga menyesal
dengan apa yang terjadi.. dan aku lebih berhati2.. aku menuruti kata ibu..
membuka peluang setelah setahun hatiku terkunci.. dalam pencarian aku..
pelbagai ragam manusia aku jumpa.. namun tidak seorang pun yang mampu
membuatkan aku jatuh cinta semula.. mungkin betul telahan ku suatu waktu dulu..
cintaku hanya satu.. dan sekali seumur hidupku.. ya..
cintaku buat dia.. setelah gagal dalam pencarian..
aku sekarang yakin dengan hatiku.. hanya dia yang pernah aku cintai..
hanya dia yang boleh membuatku jatuh cinta berkali-kali..
buktinya biarpun dia sering menengkingku di suatu waktu dahulu…
menyakitkan hati aku.. namun aku masih menyayangi dia.. seluruh hidup aku ..
aku sandarkan pada dia.. sanggup berkorban apa saja untuk dia..
namun kerana ingin mengubah sikapnya itulah aku telah melakukan suatu
kesilapan yang memakan masa seumur hidupku sebagai balasan..

Mulai saat ini.. biarlah aku bawa cinta yang telah terluka itu kemas di
dalam hatiku.. seumur hidup jika ditakdirkan cintaku memang milik dia..
aku pasrah kerana aku terlalu menyayangi dia.. aku teringin melihat dia bahagia..
kerana aku tidak layak lagi untuk membahagiakan dia.. aku relakan dia
mencipta bahagia kerana aku tidak berpeluang lagi… semua itu kerana salah aku..
kesilapan aku sendiri.. yang alpa dalam menilai.. mungkin juga aku jauh dari
rahmat yang Maha Esa menyebabkan aku terjebak tanpa kerelaan ku..
aku pasrah hidupku kini hanya milik Adam Nurhakimi dan cintaku buat
dia terkubur abadi.. 
 
Aku relakan dia mencipta bahagia... 

Aku umpama...

Artist : Fauziah Latiff
Lagu : Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap gagah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

A husband could be...


A husband could be:
My strength when I was weak..
My voice when I couldn't speak..
My eyes when I couldn't see..
Saw the best there was in me..
Lifted me up when I couldn't reach..
Gave me faith coz he believed..
I'm everything I am..
Because he loved me the way I am..

MawarshafiQ
Petaling Jaya

Hanya Aku...

Aku...
Hanya aku..
Mengapa aku yang dipilih untuk melalui ranjau ini...
Mengapa aku yang terpaksa menerima suratan ini...
Mengapa aku yang harus merasai ujian-Mu yang maha hebat ini...

Aku...
Dulunya seorang gadis periang...
Pelajar yang menjadi perhatian tenaga pendidik...
Senior yang dihormati dengan rekod-rekod yang boleh dibanggakan...
Malahan aku merupakan pelajar terbaik sekolah...

Aku...
Tujuh tahun yang lepas...
Merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi...
Biarpun leka dengan arus perubahan cara hidup..
Aku tetap bergelar seorang graduan dengan kudratku...

Aku...
Kusedari selalu bernasib baik...
Terus mendapat pekerjaan berjawatan dalam perkhidmatan awam...
Yang mana aku menjadi kebanggakan seluruh keluargaku..
Sebagai cucu pertama yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya...

Aku...
Sepatutnya bersyukur kepada-Mu...
Dengan nikmat-Mu padaku yang melimpah...
Namun kerana mungkin aku leka pada dugaan-Mu...
Aku terseret jauh dari landasan pegangan ku...

Aku...
Kerana lupa pada kekuasaan-Mu...
Mungkin juga lupa pada asal usulku...
Atau lupa pada tujuan asalku...
Terlalu alpa pada sandiwara lakonannya lelaki itu...

Aku...
Akhirnya terkorban dalam percaturan hidup...
Menjadi mangsa pada sang suami yang tidak berperi kemanusiaan...
Biarpun kasih sayangku diraih dengan penuh kehinaan...
Biarpun tanpa kerelaan aku telah menjadi miliknya...

Aku...
Seringkali tertanya-tanya...
Dayuskah dia tatkala tidak ingin melepaskanku...
Kejamkah dia menghalauku semata-mata enggan mendengar rayuanku...
Waraskah dia tiap kali tanpa sebab menyakiti tubuh badanku...

Aku...
Akhirnya terlepas daripada siksaan dunia...
Angkara suami yang tidak pernah tahu menilai erti kesetiaan...
Erti keikhlasan dan kejujuran seorang isteri...
Biarpun ilmu hitam yang menjadi alat untuk mendapatkanku...
Namun aku layak untuk dilayan dengan penuh kasih-sayang...

Aku...
Terpaksa membuat keputusan...
Meninggalkan suami demi keselamatan bakal zuriatku...
Terngiang-ngiang di telinga sehingga kini...
Tatkala ugutan menamatkan riwayat aku dan bakal zuriatku...

Aku...
Mengharungi usia kandungan seorang diri...
Menghadapi saat-saat kelahiran tanpa ditemani...
Membelai dan mencurahkan sepenuh kasih sayang buat puteraku...
Biarpun tanpa belaian mesra dan kasih sayang seorang ayah...

Aku...
Di usia 25 tahun...
Telah kehilangan statusku sebagai seorang isteri...
Namun aku bersyukur kerana telah dikurniakan seorang putera...
Untuk menjadi peneman hidupku menempuhi ranjau dan duri...

Aku...
Akan tetap bersama puteraku...
Biar pun kemana jua aku membawa diri...
Mungkin keseberang laut akan ku redahi...
Demi menbina sebuah kehidupan untuk Adam Nurhakimi...


Mawar ShafiQ