Ramai orang tanya aku..
"Anak ko sihat..?"
Tak de plak orang tanya aku ..
"Suami ko sihat..?"
Huhu.. ker memang takde yang tanya camtu..?
Tu yang aku confuse..Agaknya diorang dah dapat agak kot..Ye lah.. aku pun tak pernah bercakap tentang suami aku.. dan aku pun tak pernahtanya tentang suami diorang..
Mungkin sebab tu gak diorang tak bertanya agaknya laaa..
Tapi kan.. dalam keadaan macam ni..
aku risau jugak takut.. takut ada 'hak orang' yang mengacau aku..tu lah pasalnya..
bukan aku nak sorok.. atau malu.. tak langsung..cuma aku takut..
statusku menjadi sebab seseorang untuk simpati..dan nanti ada yang tersalah anggap pula..
Memang aku akui.. ada 'hak orang' ni yang selalu dok kacau aku..
mengaku dah ada 'yang punya' tapi masih lagi mencari aku..itulah..
ingatkan senior sekolah dulu.. taklah berniat macam tu..
so aku pun berterus teranglah..tapi lain pulak jadinya..
perasaan dulu tu bleh plak bersambung balik.. baru aku tahu rupenye..
tapi tak susah nak handle orang macam tu..
yang berani hangat-hangat tait ayam jer.. gertak sket dah lintang pukang..
bagi ayat panas sket.. terus tabik kat aku..tapi memanglah..
'hak orang' tu kata.. aku ni semangat kental.. menahan godaan..
walaupun ciri-ciri ada pada dia.. tapi tetap utuh berpegang pada prinsip..
hak orang jangan kacau.. baru orang tak kacau hak kita.. betul tak..
Dan aku pun pompuan.. jadi aku faham hati pompuan..
Ader plak yang berlagak baik.. Sket2 Adam.. sket2 Adam.. alaa..
aku tau taktik tu..(tapi kalau yang ikhlas tanya tu aku faham..
Dan aku tak tersalah anggap)..
tapi ini yang macam meluah perasaan pada Adam.. ape ker hell nyer..
Dia tu siapa.. tak payah la nak tunjuk awak tu ikhlas kat aku dan Adam..
Adam pun tak perlu lah orang hipokrit macam tu..tipu diri sendiri tu namanya..
Tapi aku tak pasti siapa yang aku tunggu sebenarnya..
dan adakah aku sedang menunggu..
Sebab ada banyak sangat persoalan yang tak terjawab dalam kepala aku..
Siapa yang nak janda macam aku..?
Siapa yang sudi terima Adam sebagai anak sendiri..?
Layak kah aku bergelar isteri..? (Kerana lelaki itu setiap hari mengatakan aku tidaklayak menjadi isteri kerana aku tak melutut di kaki 'seorang suami'..)
Boleh ke aku percaya lagi lelaki selepas 'lelaki itu'..?
macam mana dengan Adam..?
Boleh kah dia terima hidup kanak-kanaknya tanpa lelaki bergelar ayah..?
Kalau pun ada yang boleh buat aku percaya pada dia..
buka balik pintu hati akuuntuk menyayangi semula..
boleh ker keluarga dia terima aku..?
Tidak kah keluarga dia akan buruk sangka pada aku..?
yang berkahwin hanya bertahan 2 bulan..?
Kadang.. bosan ngan mak aku..
dok suruh aku pikir balik.. hidup tanpa lelaki ni susah..
kereta rosak laa.. anak demam laa.. nak balik kampung laa..
emergency..la.. hapa la.. kener plak keter rosak tengah2 highway karak ker..
gua musang ker.. dengan Baby Adam lagi..
aiseh.. betul jugak yang mak aku cakap..
tapi satu jer yang aku boleh cakap kat mak aku..
Tuhan Maha Adil ma..
Tuhan Maha Tahu apa yang ditentukan oleh-Nya..
Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
-
Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar
Berita Harian 24 Februari 2012PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf
langsung ti...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Rajin-rajinkan tinggalkan komen anda..