Rabu, 11 September 2013

Akhirnya kembali bersatu

Akhirnya aku berjaya untuk log in semula sbg admin untuk blog bersejarah ini.. Bertahun sudah blog ini terbiar kerana tuan dia lupa email untuk log in hehe.. Ampun ya sayang.. Xpe lepas ni i janji, i xkan tinggalkn u lg.. Dan akn selalu belai2 u.. Hehe.. Hati dah lama rasa nak aktif tp masa mengekang.. Sudah 3 thn berlalu sepi- tentunya banyak cerita suka n duka yg mencoret dalam hidupku.. Lagi kan 2 bln penuh tragedi.. Inikan pula 3tahun.. Namun aku tetap berharap aku akan terus tabah mengharungi liku2 hidup ini dalam usaha mematangkn diriku.. Terimakasih Ya Rabbi.. Kerana memilihku untuk menerima dugaanMu ini.. Hanya yang mampu akan terpilih.. Orenbiruputih

Ahad, 8 November 2009

Aper aku nak buat erk..


Aku da jatuh hati...
Tapi aku takut kecewa lagi..
Dalam masa yang sama dia pun cam main2 kata manis ngan aku..
Tak terus terang betul2..
Macam mana erk..

Sedangkan dalam masa yang sama..
Ader orang lain yang mencuba..
Aduh...
Hati ni dah tersangkut...
Susah dah nak pandang yang lain..

Macam mana erk..
Sebelum ni aku takut aku dah tak boleh jatuh cinta..
Tapi ruper2nyer..
Kalau kene masa dan orang nyer..
Tak susah pun aku ni nak jatuh sayang..
Tapi yang jadi masalahnyer..
Kenaper la pada seseorang yang belum tentu dapat aku miliki...

Hai.. hati.. hati... Kenaper laa kau ni rumit sangat..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Wanita 2....

Benar! Wanita adalah sayap kiri buat kaum Adam. 
Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah. 
Di belakang lelaki yang berjaya pasti ada seorang 
wanita mulia yang sentiasa memberi semangat dan 
dorongan padanya. 
 

“Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam. 
Bukan daripada tangan untuk dijadikan penjunjung, 
bukan daripada kaki untuk dijadikan pengalas. 
Tapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidup. 
Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat 
dengan hatinya untuk dikasihi.”

Seorang lelaki adalah pelindung bagi seorang wanita. 
Lelaki buat wanita ibarat mega yang meneduhi insan 
daripada panahan sinar mentari. Lelaki dan wanita 
saling memerlukan. Lengkap-melengkapi antara satu 
dengan yang lain. Hawa lahir dari tulang rusuk kiri Adam. 
Wujudnya Hawa kerana rindu dan sepi Adam. 
Jelas! Lelaki perlukan kelembutan dan mawaddah wanita. 
Wanita perlukan kekuatan dan semangat lelaki. 

Kata-kata...


Raden Andriyana bermadah:
"Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup."

Ku Firi berbicara:
"Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati."

Aliya cinta itu seperti angin... 
kita tidak pernah nampak angin... 
kerana agin tidak pernah ada warna. 
Tetapi kita tetap merasa angin yang berhembus, 
sejuk dan damai.” 

Jangan ingat abang akan semudah itu melupakan Aliya 
apabila memandang orang lain!” 

Perempuan....

Ketahuilah Allah swt dah anugerahkan dalam diri setiap 
perempuan sifat rahmah...
Sifat penyayang.. 
Walau bagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi 
masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang. 
Bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. 
Dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan tetapi 
sebenarnya satu penyempurnaan. 
Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung..
Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti 
jantung dan paru-paru..
Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu 
secara semulajadinya dua sifat tadi juga ada dalam dirinya, 
iaitu penyayang dan pelindung. 
Oleh sebab tulah perasaan perempuan ni halus. 
Kerana adanya dua sifat itu jugalah, maka seorang perempuan 
sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan kerenah anak-anak. 
Bersabar apabila hatinya diguris atau dikecewakan oleh mereka. 
Yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

Kalau ada....


 

















Ya Rabbul Jalil..
Masih layakkah aku memohon pada-Mu..
Kurniakan aku sejalur bahagia..
Jika masih ada jodoh buatku..
Temukan lah aku dengan seorang yang memahami aku..
Yang boleh mengawal aku dengan caranya..
Yang boleh ketawa dan menangis bersama...
Yang mengalirkan aliran kasih sayang dalam setiap
sentuhannya..
Yang kurasakan selamat dalam pelukannya..
Yang mampu membuatku menangis terharu mahupun kerna 
gembira..
Yang boleh membimbing aku ke jalan-Nya.. 
Inya Allah.. Kesetiaan ku pasakkan padanya.. 
cintaku bersimpul mati buatnya..   
Malahan..
Jantungku juga akan ku gantikan untuknya..

Isnin, 26 Oktober 2009

Terpaksa Ku Akui

Terlalu sering aku ketawa...
Senyuman cuba ku ukir sentiasa..
Ku buang jauh memori sejuta luka..
Menutupi tabir air mata yang tiada lagi bersisa..

Ku pandang wajah kecil itu..
Ku ukir senyuman redup sayu..
Mengertikah dia akan ratap ibumu..
Terselindung disebalik gelak tawa sendu..

Hari-hari ku isi dengan telatah manjanya..
Ku lempar jauh kantung pilu ke lembah durjana..
Ku gagahi juga melangkah bersama amanah-Nya..
Demi kehidupan yang belum kunjung penamatnya..

Namun.. tetap terselit jua..
Kerinduan walau seminit dua..
Rindu pada perhatian dan kasih sayang sejiwa..
Rindu bersulam dendam pada yang punya angkara..

Lantaran rinduku pada kasih dan sayang..
Ku terbang pulang mendakap dia seorang..
Insan kecil yang tersenyum girang..
Membuatkan rasa dihargai itu datang bertandang..

Namun terpaksa ku akui..
Diriku ingin untuk dihargai..
Ingin ku merasa indahnya cinta serasi..
Anganku genggam kasih sayang sejati..
Dari seorang seLAYAKnya bergelar SUAMI..

MawarshafiQ

Isnin, 12 Oktober 2009

Harapan Lebaran

Aku menghitung detik yang berlalu..
Saat hanya tingggal beberapa hari lagi..
Seluruh umat Islam menyambut kedatangan Syawal mulia…
Aku bergelumang dengan perasaan sendiri…

Aku keliru.. apa yang aku hajati sebenarnya.. aku telah membuka peluang
untuk cinta itu datang semula.. namun hampa.. aku tidak mampu untuk
bercinta lagi…Menunggu untuk jodoh itu datang.. namun jodoh yang datang
tak mampu ku pertahankan..Aku keliru.. gambaran seperti mana yang ku
bayangkan.. aku tidak pernah meletak syarat.. kerana aku tahu siapa aku..
tapi kini setelah aku membuat keputusan untuk bersara dari bidang hati dan
cinta.. aku semakin sepi.. kesepian ini sering bertamu..
aku cuba menyibukkan diri.. namun tugas ku yang selalunya lapang menyebabkan
fikiranku sering menerawang jauh dari landasan.. menyebabkan semua
kenangan pahit ku yang dulu terlayar di skrin ingatan…

Aku cuba meneruskan kegemaran ku yang sejak dulu.. mendengar
lagu-lagu 90-an..
namun lagu-lagu itu yang menyebabkan aku bertambah sepi..
aku cuba menghabiskan
masa dengan membaca cerpen.. namun kisah-kisah bahagia yang
menjadi penamat cerita menyebabkan aku semakin cemburu…
cemburu dengan kebahagian yang dikecapi..
kenapa dengan hidup aku.. kenapa pengakhiran aku sebegini rupa…
adakah aku tidak layak unuk mendapat bahagia… adakah aku tidak layak
untuk dihargai….

Aku cuba untuk menarik kembali semangat ku yang teguh setahun yang lepas..
tetap gagah melalui liku-liku hidup dalam meniti hari-hari menunggu kelahiran…
Namun aku goyah kini.. semuanya kerana cinta yang dihulur lelaki hipokrit itu..
menyebabkan aku kini terpaksa menerima kenyataan aku memerlukan
seseorang untuk disayangi.. seseorang sebagai tempat mengadu..
seseorang untuk berkongsi suka duka..
namun seseorang yang serasi itu yang aku perlukan..
bukan seseorang yang hanya
memerlukan aku kerana desakan naluri kemanusiaan.. aku perlukan seseorang
yang boleh menghargai aku… menyayangi aku.. semua itu kerana hati ini
sudah tidak mampu untuk menerima sebarang kelukaan lagi.. hati ini sudah
teruk bernanah… belum mampu untuk aku sembuhkan.. dan aku mengambil
keputusan biarlah masa yang mengubatinya..mungkin juga segala kelukaan ini
akan berparut dalam…

Aku akui merindui kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami..
walaupun aku tidak pernah merasa kasih sayang yang mampu untuk ku simpan
kukuh dalam memori ingatan.. namun hati ini sering terdetik.. kasih sayang
seorang suami pasti membahagiakan.. namun hatiku terlalu rapuh untuk bercinta..
aku tidak mudah lagi untuk menerima seseorang atas niat untuk mencuba.. aku sudah
puas mencuba.. hati ku mati.. mungkinkah peluang tiada lagi untuk aku bercinta..
untuk aku jatuh cinta.. siapa yang aku harapkan lagi untuk mengisi hariku selain
Adam.. hanya insan kacil yang begitu memahami itulah pengisi hariku.. setiap kali
aku merasa sepi.. hanya zuriatku itu yang kucari untuk membuang sepiku..
syukur alhamdulillah.. aku punyai peneman yang akan menemani dunia dan akhiratku..

Aku pasrah kini Ya-Allah.. hanya pada-Mu aku sandarkan hatiku.. sekiranya ada
jodoh terbaik buatku… Kau bukalah pintu hatiku.. Sekiranya ada lagi kebahagiaan
buat aku.. kau pertemukanlah aku dengan seseorang yang boleh membuka semula pintu
hati ini.. menyayangi aku dan Adam.. dan seseorang yang menghargai aku…
aku bukanlah mengimpikan sesuatu yang di luar kelayakanku.. hanyalah sebuah
kebahagiaan yang ikhlas hadir dari dua hati.. Di lebaran ini aku memohon padamu…
Kurniakanlah aku sebuah kebahagiaan yang kekal abadiey…
Amin Ya Rabbal Alamin…

Mungkin cinta abadiey?

Perjalanan hidup aku..penuh onak dan duri kini…membesar di kampung..
menyambung pelajaran di ibu kota.. bercinta itulah kenangan terindah buat aku
sekarang..
kerana aku telah mengkhianati sebuah cinta yang agung dalam tanpa aku sedari..
Aku memutuskan hubungan lantaran tidak tahan dengan sikapnya sewaktu itu..
bukan berniat mengecewakan dia.. tapi hanya untuk memberikannya pengajaran..
namun aku alpa.. dalam waktu menunggu perubahan dirinya..
aku terjebak dalam permainan seseorang yang paling aku benci sekarang..
orang yang meragut semua kebahagiaan yang bakal aku kecapi..
seseorang yang kejam menyebabkan aku tidak sedar semua tindakan..
yang  memburukkan lagi keadaan.. saat pertama aku memandang wajah dia..
aku terus alpa pada siapa aku.. tanggung jawab aku.. tanpa aku sedari..
aku dan keluarga hanya mampu menurut semua kata-katanya..
dua bulan usia perkenalan.. aku hanya menurut berkahwin dengannya..
sumpah aku tak dapat berfikir dengan waras.. keluargaku juga begitu..
dalam usia perkenalan kami.. aku telah pun disakiti..
pipiku sering menjadi mangsa tamparan tangan sasanya..
rambut ku juga hamper menampakkan kulit kepala..
namun kenapa aku masih sudi untuk mengahwininya.. waraskah aku ketika itu..?

Perkahwinan ku terus membuahkan benih lantaran niat suci nya untuk terus
mendapatkan
zuriat lantaran zuriat pertamanya tidak sempat dipangku di bawa lari oleh bekas
isterinya.. lantaran kasihan aku bersetuju.. namun sudahlah mendung..
terus hujan belum sempat ke petang.. seusia seminggu perkawinan aku
mula disakiti disepak terajang..
dan aku hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja..
di sepak terajang.. dimaki hamun setiap malam.. aku masih mampu bertahan
dan bersabar..namun dek kerana ugutan bunuh dan cubaannya untuk membunuh
zuriat dalam rahimku membuatkan aku nekad melanggar taklik yang telah dilafazkan..


Kini aku telah bergelar seorang ibu.. Kepada Adam Nurhakimi…
masalah baru menjelma.. permintaan ibu yang risaukan kami dua beranak di
perantauan..
aduh.. semua menyalahkan aku kerana mengecewakan cinta aku yang dulu..
seluruh keluarga aku menyayangi nya.. termasuk nenek aku..
ye lah usia 5 tahun bercinta aku sia-siakan..  aku juga menyesal
dengan apa yang terjadi.. dan aku lebih berhati2.. aku menuruti kata ibu..
membuka peluang setelah setahun hatiku terkunci.. dalam pencarian aku..
pelbagai ragam manusia aku jumpa.. namun tidak seorang pun yang mampu
membuatkan aku jatuh cinta semula.. mungkin betul telahan ku suatu waktu dulu..
cintaku hanya satu.. dan sekali seumur hidupku.. ya..
cintaku buat dia.. setelah gagal dalam pencarian..
aku sekarang yakin dengan hatiku.. hanya dia yang pernah aku cintai..
hanya dia yang boleh membuatku jatuh cinta berkali-kali..
buktinya biarpun dia sering menengkingku di suatu waktu dahulu…
menyakitkan hati aku.. namun aku masih menyayangi dia.. seluruh hidup aku ..
aku sandarkan pada dia.. sanggup berkorban apa saja untuk dia..
namun kerana ingin mengubah sikapnya itulah aku telah melakukan suatu
kesilapan yang memakan masa seumur hidupku sebagai balasan..

Mulai saat ini.. biarlah aku bawa cinta yang telah terluka itu kemas di
dalam hatiku.. seumur hidup jika ditakdirkan cintaku memang milik dia..
aku pasrah kerana aku terlalu menyayangi dia.. aku teringin melihat dia bahagia..
kerana aku tidak layak lagi untuk membahagiakan dia.. aku relakan dia
mencipta bahagia kerana aku tidak berpeluang lagi… semua itu kerana salah aku..
kesilapan aku sendiri.. yang alpa dalam menilai.. mungkin juga aku jauh dari
rahmat yang Maha Esa menyebabkan aku terjebak tanpa kerelaan ku..
aku pasrah hidupku kini hanya milik Adam Nurhakimi dan cintaku buat
dia terkubur abadi.. 
 
Aku relakan dia mencipta bahagia... 

Aku umpama...

Artist : Fauziah Latiff
Lagu : Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap gagah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

A husband could be...


A husband could be:
My strength when I was weak..
My voice when I couldn't speak..
My eyes when I couldn't see..
Saw the best there was in me..
Lifted me up when I couldn't reach..
Gave me faith coz he believed..
I'm everything I am..
Because he loved me the way I am..

MawarshafiQ
Petaling Jaya

Hanya Aku...

Aku...
Hanya aku..
Mengapa aku yang dipilih untuk melalui ranjau ini...
Mengapa aku yang terpaksa menerima suratan ini...
Mengapa aku yang harus merasai ujian-Mu yang maha hebat ini...

Aku...
Dulunya seorang gadis periang...
Pelajar yang menjadi perhatian tenaga pendidik...
Senior yang dihormati dengan rekod-rekod yang boleh dibanggakan...
Malahan aku merupakan pelajar terbaik sekolah...

Aku...
Tujuh tahun yang lepas...
Merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi...
Biarpun leka dengan arus perubahan cara hidup..
Aku tetap bergelar seorang graduan dengan kudratku...

Aku...
Kusedari selalu bernasib baik...
Terus mendapat pekerjaan berjawatan dalam perkhidmatan awam...
Yang mana aku menjadi kebanggakan seluruh keluargaku..
Sebagai cucu pertama yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya...

Aku...
Sepatutnya bersyukur kepada-Mu...
Dengan nikmat-Mu padaku yang melimpah...
Namun kerana mungkin aku leka pada dugaan-Mu...
Aku terseret jauh dari landasan pegangan ku...

Aku...
Kerana lupa pada kekuasaan-Mu...
Mungkin juga lupa pada asal usulku...
Atau lupa pada tujuan asalku...
Terlalu alpa pada sandiwara lakonannya lelaki itu...

Aku...
Akhirnya terkorban dalam percaturan hidup...
Menjadi mangsa pada sang suami yang tidak berperi kemanusiaan...
Biarpun kasih sayangku diraih dengan penuh kehinaan...
Biarpun tanpa kerelaan aku telah menjadi miliknya...

Aku...
Seringkali tertanya-tanya...
Dayuskah dia tatkala tidak ingin melepaskanku...
Kejamkah dia menghalauku semata-mata enggan mendengar rayuanku...
Waraskah dia tiap kali tanpa sebab menyakiti tubuh badanku...

Aku...
Akhirnya terlepas daripada siksaan dunia...
Angkara suami yang tidak pernah tahu menilai erti kesetiaan...
Erti keikhlasan dan kejujuran seorang isteri...
Biarpun ilmu hitam yang menjadi alat untuk mendapatkanku...
Namun aku layak untuk dilayan dengan penuh kasih-sayang...

Aku...
Terpaksa membuat keputusan...
Meninggalkan suami demi keselamatan bakal zuriatku...
Terngiang-ngiang di telinga sehingga kini...
Tatkala ugutan menamatkan riwayat aku dan bakal zuriatku...

Aku...
Mengharungi usia kandungan seorang diri...
Menghadapi saat-saat kelahiran tanpa ditemani...
Membelai dan mencurahkan sepenuh kasih sayang buat puteraku...
Biarpun tanpa belaian mesra dan kasih sayang seorang ayah...

Aku...
Di usia 25 tahun...
Telah kehilangan statusku sebagai seorang isteri...
Namun aku bersyukur kerana telah dikurniakan seorang putera...
Untuk menjadi peneman hidupku menempuhi ranjau dan duri...

Aku...
Akan tetap bersama puteraku...
Biar pun kemana jua aku membawa diri...
Mungkin keseberang laut akan ku redahi...
Demi menbina sebuah kehidupan untuk Adam Nurhakimi...


Mawar ShafiQ

Rabu, 25 Mac 2009

Golongan Berdarah O (Aku O Rh +ve)

Golongan darah. Apakah ada sesuatu yang istimewa pada golongan darah seseorang? Mungkin cukup banyak pembaca yang tertawa nyinyir dan mengernyitkan kening ketika pertama kali membaca judul buku ini. Dan tentunya sebuah tanda tanya besar pasti bergelayut di kepala Anda, "Apakah benar karakter seseorang dapat diketahui melalui golongan darahnya?" Percaya tidak percaya, begitulah setidaknya yang telah diriset dan dibuktikan oleh director of the Blood Type Humanics Research dari Jepang, Toshitaka Nomi.

Golongan darah O

1. Orang yang bergolongan darah O, mereka ini biasanya berperan dalam menciptakan gairah untuk suatu grup. Dan berperan dalam menciptakan suatu keharmonisan diantara para anggota grup tersebut.

2. Figur mereka terlihat sebagai orang yang menerima dan melaksakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk curhat (tempat mengadu).

3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan uang untuk orang lain.

4. Mereka biasanya di cintai oleh semua orang, "loved by all". Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahasia mempunyai pendapatnya sendiri tentang berbagai hal.

5. Dilain pihak, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.

6. Mereka cenderung mudah di pengaruhi oleh orang lain dan oleh apa yang mereka lihat dari TV.

7. Mereka terlihat berkepala dingin dan terpercaya tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar karena kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini di cintai..

(Aku rasa benar dengan diri aku sih.. cuma yang ke 6 tu aku ngak berapa setujuk dong.. kerana aku ni nggak mudah dipengaruhi oleh orang lain.. tapi aku ni mudah sesuaikan diri dengan sekeliling dan pengaruh dari TV hanya daripada pemakaian aku kot..)

Tips menjadi pria penuh cinta..

TIDAK semua pria bisa mengekspresikan rasa cinta secara terbuka kepada pasangannya. Namun, tak ada salahnya Anda berperan sebagai pasangan penuh cinta. Caranya?

Berikut ini trik dari Loving You buat Anda:

Perhatian saat dia terluka atau sakit
Saat pasangan mengalami masalah atau sakit, Anda harus bisa menunjukkan perhatian lebih. Beri pula dukungan agar si dia lekas sembuh dan menjadi sosok yang ceria. Jangan biarkan dia sendirian, karena dia bisa mengganggap Anda sebagai kekasih yang tidak setia. Akhirnya, si dia bisa memutuskan kisah asmara bersama Anda saat itu juga.

Sentuh tubuh pasangan
Kontak fisik perlu ada dalam sebuah hubungan percintaan. Anda bisa memberikan kecupan mesra pada bibir atau kedua pipinya, memeluk tubuhnya, atau sekadar menjabat tangannya yang halus. Cara ini sangat ampuh membuat pasangan merasa nyaman dan tenang di samping Anda.

Kenali dia lebih dalam
Jangan menjadikan pekerjaan sebagai alasan Anda tidak menemui si dia. Luangkan akhir pekan Anda kali ini untuk mengajak kencan bersamanya. Pilihlah lokasi paling romantis, sehingga membuat hubungan Anda semakin erat.

Ramalan Bulan Kelahiran Fazilah Kamsah (Oktober)

OKTOBER
Suka sembang (kalau sekepaler r..)
Suka orang yang sayang padanya (yup.. sebab serik tak dihargai)
Suka ambil jalan tengah ( Alaa.. kalau jalan tengah tu jer yang ader..)
Sangat menawan & sopan santun (Sopan santun ker aku ni..?)
Kecantikan luar & dalam (Orang buta leh r cakap camni kat aku..)
Tidak pandai berbohong &berpura-pura (Memang.. kalau x suker terus terpancar kat muka.. takreti lah aku nak senyum di mulut dalam hati mengutuk..)
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan (Tu sebab aku ni ni selalu digunakan oleh orang lain.. aku tau tu..)
Sentiasa berkawan (Tapi lepas kes tragis aku.. Hanya Baby Adam la kawan & kekasih hati aku)
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama (Tak reti nak merajuk pun sebenarnya..)
Cepat marah (Urm.. Tapi bukan marah orang.. selalunya aku ni melenting dengan benda.. macam gelang tersangkut ker.. fon terputus-putus ker.. haa hangin la aku.. Tapi orang buat aku separuh mati pun relax jer..)
Macam pentingkan diri sendiri (Tidak sama sekali.. Aku ibarat lilin yang membakar diri..)
Tidak menolong orang kecuali diminta (Tu ego nama namanya tapi baik hati.. Urm.. Aku ni plak selalu tawarkan pertolongan dalam erti kata lain.. aku plak yang pening cari jalan macam mana aku boleh tolong orang lain..)
Suka melihat dari perspektifnya sendiri (Urm.. sebab aku pun ader otak n dah banyak pengalaman hapy n tragis yang aku dah lalui..)
Tidak suka terima pandangan orang lain (Nop.. malah aku lah manusia yang pasti akan bertanya pendapat orang lain dalam segala hal.. tetapi sedikit sahaja yang aku pakai pendapat orang tu.. bertanya hanya sebagai rujukan..)
Emosi yang mudah terusik (Ntah.. yer kot tapi orang jer yang tak tau..)
Suka berangan & pandai bercakap (Berangan.. dulu2 yer.. tapi orang kata pelamin anganku musnah.. dan sekarang aku tak suker berangan lagi.. kerana semuanya realiti sekarang titik hitam yang aku lalui..)
Emosi yang kelam kabut (No.. itu bukan aku kot.. sebab aku ni jenis cool..Macam takder perasaan pun ader kadang2..)
Daya firasat yang sangat kuat terutamanya perempuan (Tapi aku pernah tersalah pilih dan tersilap menilai seseorang sehingga aku terjatuh ke lubang yang paling dalam.. bak kata orang Black Hole.. jadi aku takut untuk menilai lagi..)
Suka melancong,bidang sastera & seni (Itulah aku.. Tapi terpaksa menyusuri Bidang Kimia plak dah..)
Pengasih, penyayang & lemah lembut (Lemah lembut kantoi r.. sebab aku ni jenis selamber beb.. tengok la dah anak sorang pun selamber jer..)
Romantik dalam percintaan (Alaa kalau aku sorang yang romantik pun menyampah gak eh..)
Mudah terusik hati & cemburu (Haa haa haa.. CEMBURU.. aku cemburu?? Maybe tak pernah lagi kot orang yang aku betul2 sayang ader orang lain.. tapi aku ni memang payah nak cemburu sebab ni open minded r konon..)
Ambil berat tentang orang lain (Yup.. tapi takder plak orang nak ambil berat pasal aku pon.. ni cedey nih)
Suka kegiatan luar (Urm.. camping.. memancing.. picnic.. makan hangin.. balik kampung aku kat Besut.. huhu)
Orang yang adil (Yes.. Nak kawin 4 pun boleh ni tahap adil aku tu)
Boros (Boros.. betul gak time aku rasa ader duit lebih.. tapi time sengkek.. aku la yang paling kedekud..)
Mudah dipengaruhi persekitaran (Nop.. Aku tak makan hasutan r beb..)
Mudah patah semangat (kalau aku ni mudah patah semangat takder la aku leh hidup dengan aman sekarang ni kot.. Alaa.. lau tahu perjalanan hidup aku.. nampak sangat semangat aku ni lebih keras daripada berlian..)

Monolog.. (Part 2)

Pendek kata yang aku nak cakap kat sini.. kenapa aku ni sering dipergunakan oleh orang yang aku sayang.. sebab aku ni sanggup diri sendiri susah janji orang yang aku sayang senang.. tapi kenapa.. mengapa.. pengakhiran hidup aku begini.. ada gak aku bertanya.. adakah ada dendam di hati aku untuk kaum Adam.. takder kot.. sebab aku ni jenis cool.. go on jer.. cuma yang aku dendamkan dengan 'lelaki itu' je.. orang lain takder kene mengena.. sampai biler-bile dendam ini akan tetap tertanam.. bab jeles.. aku ni tak jeles.. nak buat aku jeles pun aku still tak perasan.. sebab aku ni memang jenis yang tak jeles... tapi maybe gak aku tak pernah kener.. orang yang aku sayang main kayu 3.. ek.. ader sekali..ngan budak ganu dulu.. dier main kayu 3.. tapi aku yang ke 3 nyer.. last2 aku undur diri sebab taknak lukakan hati pompuan tu.. walaupun maybe hati dia tak sayang ngan pompuan tu selepas aku.. yang penting masa dier ngan pompuan tak boleh dibuang begitu sahaja.. ok.. pendek kata lagi.. teringat kat kisah kawan aku ni.. yang seolah-olah dipermainkan.. kenapalah aku tak dapat yang macam tu.. sebab aku ni setia gak kekadang. hehe.. kalau aku sayang dier betul2 la... kalau dier pun main2 aku pun main2 gak r.. aku suka buat puisi..die pun.. same dah tu. tapi satu jer yang buat aku was-was dulu ngan dier ni.. bercakap suka kutuk aku.. tak tahu per sebab.. macam marah kat aku plak.. tu yang aku pelik tu.. apa salah aku..tapi sekarang aku pikir maybe dier memang jenis camtu kot.. mulut loose.. hehe.. alaa.. kalau aku dah semat dalam hati aku macam tu.. katalah apa pon.. aku buat bodo jer.. jangan usik asal-usul dan rupa paras aku sudah.. sebab yang tu aku takleh nak ubah.. tapi tu dulu.. dia yang aku kenal dulu.. sekarang.. dah berbeza.. aku bukan lagi aku yang dulu.. dan dia juga bukan lagi dia yang dulu.. dulu aku diatas.. sekarang aku bukan di bawah.. tapi dah tertanam terus.. dan dia plak sekarang.. dah jadi bos.. ada harta.. kereta.. company sendiri.. aku apa ada.. semua yang dulu dah hilang.. kerana kebodohan aku sendiri.. dah lah rupe takder.. bodoh plak tu.. Complete Package..

Rabu, 11 Mac 2009

Macam mana erk??

Ramai orang tanya aku..
"Anak ko sihat..?"
Tak de plak orang tanya aku ..
"Suami ko sihat..?"
Huhu.. ker memang takde yang tanya camtu..?
Tu yang aku confuse..Agaknya diorang dah dapat agak kot..Ye lah.. aku pun tak pernah bercakap tentang suami aku.. dan aku pun tak pernahtanya tentang suami diorang..
Mungkin sebab tu gak diorang tak bertanya agaknya laaa..
Tapi kan.. dalam keadaan macam ni..
aku risau jugak takut.. takut ada 'hak orang' yang mengacau aku..tu lah pasalnya..
bukan aku nak sorok.. atau malu.. tak langsung..cuma aku takut..
statusku menjadi sebab seseorang untuk simpati..dan nanti ada yang tersalah anggap pula..
Memang aku akui.. ada 'hak orang' ni yang selalu dok kacau aku..
mengaku dah ada 'yang punya' tapi masih lagi mencari aku..itulah..
ingatkan senior sekolah dulu.. taklah berniat macam tu..
so aku pun berterus teranglah..tapi lain pulak jadinya..
perasaan dulu tu bleh plak bersambung balik.. baru aku tahu rupenye..
tapi tak susah nak handle orang macam tu..
yang berani hangat-hangat tait ayam jer.. gertak sket dah lintang pukang..
bagi ayat panas sket.. terus tabik kat aku..tapi memanglah..
'hak orang' tu kata.. aku ni semangat kental.. menahan godaan..
walaupun ciri-ciri ada pada dia.. tapi tetap utuh berpegang pada prinsip..
hak orang jangan kacau.. baru orang tak kacau hak kita.. betul tak..
Dan aku pun pompuan.. jadi aku faham hati pompuan..
Ader plak yang berlagak baik.. Sket2 Adam.. sket2 Adam.. alaa..
aku tau taktik tu..(tapi kalau yang ikhlas tanya tu aku faham..
Dan aku tak tersalah anggap)..
tapi ini yang macam meluah perasaan pada Adam.. ape ker hell nyer..
Dia tu siapa.. tak payah la nak tunjuk awak tu ikhlas kat aku dan Adam..
Adam pun tak perlu lah orang hipokrit macam tu..tipu diri sendiri tu namanya..
Tapi aku tak pasti siapa yang aku tunggu sebenarnya..
dan adakah aku sedang menunggu..
Sebab ada banyak sangat persoalan yang tak terjawab dalam kepala aku..
Siapa yang nak janda macam aku..?
Siapa yang sudi terima Adam sebagai anak sendiri..?
Layak kah aku bergelar isteri..? (Kerana lelaki itu setiap hari mengatakan aku tidaklayak menjadi isteri kerana aku tak melutut di kaki 'seorang suami'..)
Boleh ke aku percaya lagi lelaki selepas 'lelaki itu'..?
macam mana dengan Adam..?
Boleh kah dia terima hidup kanak-kanaknya tanpa lelaki bergelar ayah..?
Kalau pun ada yang boleh buat aku percaya pada dia..
buka balik pintu hati akuuntuk menyayangi semula..
boleh ker keluarga dia terima aku..?
Tidak kah keluarga dia akan buruk sangka pada aku..?
yang berkahwin hanya bertahan 2 bulan..?
Kadang.. bosan ngan mak aku..
dok suruh aku pikir balik.. hidup tanpa lelaki ni susah..
kereta rosak laa.. anak demam laa.. nak balik kampung laa..
emergency..la.. hapa la.. kener plak keter rosak tengah2 highway karak ker..
gua musang ker.. dengan Baby Adam lagi..
aiseh.. betul jugak yang mak aku cakap..
tapi satu jer yang aku boleh cakap kat mak aku..
Tuhan Maha Adil ma..
Tuhan Maha Tahu apa yang ditentukan oleh-Nya..

Monolog.. (Part 1)

Tengah membaca tulisan kreatif kawan aku ni..tetiba aku jadi terfikir..
benda yang selalu keluar daripada mulut aku..kenapa kalau yang lelakinya setia..baik..penyayang..ambil berat..
kenapa selalu dia berpasangan dengan pompuan yang jauh berbeza dengan dirinya..
pompuan itu yang tidak setia.. kaki kikis.. mata duitan.. cemburu buta.. penipu..
dan macam-macam lagi.. dan kalau pompuan pun sama..
kalau dia jahat giler.. dapat plak guy yang baik hati budi.. sanggup wat apa saja untuk gembirakan hati dia.. sedangkan pompuan tu tak pernah nak hargai apa yang guy tu buat..kenapa ya.. kenapa tidak berpasangan yang baik dengan baik..
yang setia dengan yang setia.. yang penipu dengan penipu.. baru adil.. dan selalunya..
kalau dia kaki penipu.. dapat plak pasangan pun yang kaki penipu..
selalunya masing2 akan tertangkap.. kerana masing-masing dapat baca fikiran masing-masing.. maybe sebab tu kot..tul tak??
macam aku..
aku ni kurang penyabar sket kalau bab telefon..
line terputus-putus jer aku mulerla.. telinga jadi merah.. nak menyinga ajer..
tapi dalam bab lain aku lah paling cool.. no problem punyo..
sampai orang buat aku sampai separuh mati pun aku ok lagi.. cool lagi.. pakwe lame aku plak.. dalam bab fon penyabar..
sampai berpuluh-puluh misscall.. nak dekat ratus selagi tak angkat.. aku pun tak pernah buat macam tu.. kalau call x angkat.. manalah tau dia bizi ker kan..
pandai2la call aku balik ke lepas tu kan..
tapi dalam bab lain.. punyerlah gelabah.. silap jalan pun boleh bergaduh.. aku yang dipersalahkan.. mase tu plak aku tak reti bawak keter..
kalau tak.. biar aku yang bawak..
setakat sesat dalam malaysia ni nak ke mana sangat kan?...
Dalam bab lain.. aku ni boleh la kot dikatakan romantik.. suka bagi hadiah..
n buat puisi letak dalam frame bagi dia..
tapi sekali aku tanya apa ayat last dalam puisi yang tergantung kat bilik die pun dia tak tau. sedangkan yang lastu nama dia.. betapa aku sendiri menghayati puisi aku tu.. untuk dia.. tapi.. hurmm.. last-last aku dah jadi tangan kayu..
berazam taknak tulis puisi atau sajak lagi.. sebab dah banyak sangat tak dihargai perasaan yang terkandung di dalamnya..
Dan bab lagi satu.. bab duit..
aku ni jenis tak berkira.. orang tak berkira ngan aku.. aku lagi tak berkira ngan orang.. tapi diungkit plak duit dia banyak kuar masa first year ngan aku.. memang aku akui..
aku pernah tengok buku asb dier..
kuar duit memanjang.. tapi untuk belanja kuar la.. bukan bagi aku..
tapi kenapa sampai bertahun-tahun bersama yang tu yang diungkit..
sedangkan aku ni plak.. dan mengalahkan mak dia.. siap warning jangan mintak duit ngan mak ayah lagi.. takder duit cakap kat aku..
walaupun aku masa tu tak kerja lagi.. tapi ptptn aku ader gak wat support.. kuar nagn dia pun.. purse aku ngan dia.. nak bayar jer kuar purse aku.. ek alih-alih abang yang beli..
memang r.. dia yang beli sebab dier yang bayar.. tapi duit aku tu beb..
tak pernah nak hengat.. dua minggu kuar oklah duit dier.. dua minggu last tu memang sure aku yang support.. termasuk duit belanja makan kat tempat kejer dier sekali...betul.. aku tak berkira.. sampai last2 pun aku tak berkira dengan dia..
sebab aku tau dia banyak tolong aku.. tapi kenapa macam aku langsung tak kuar duit.
langsung tak tolong dia..tak berguna langsung..
sedangkan aku la yang selalu kener tengking.. bab remeh temeh..
bukan tau nak tegor cara baik..

Amanat Buat Suami..

Di suatu keheningan malam..
Aku berlutut di sejadah alam...
Merenung kembali bingkisan silam..
Tika ijab kabul yang kini berbalam..

Wahai suami..
Tidakkah ada belas di hati...
Tika tangan sasamu singgah di pipi..
Tendangan kakimu tertumpu ke sisi..
Meninggalkan aku terjelepok menahan diri...

Wahai suamiku..
Dimana cahaya kasih sayangmu...
Yang tercurah hanya buatku dulu...
Disaat hanya seminggu bergelar surimu...
Aku dikasari amarah lelaki seegomu...

Duhai suami...
Isteri amanat Ilahi...
Untuk dijaga dan disayangi..
Dibaja dan disuburi dengan berahi...
Bukan tumbukan dan caci maki...

Buat suamiku...
Tercerai sudah tali yang pernah bersatu...
Seawal dua bulan ijab kabul berlalu...
Aku pergi bersama benihmu di dalam rahimku...
Akan ku bangkit kembali bersama anakku...

Amanat buat suami...
Kehidupan bersamamu ku tangisi...
Menghancurkan hidupku tanpa kusedari...
Biarlah aku bersama anak ini...
Mengharungi hidup yang pernah kau calari...
Selamat tinggal wahai suami..

Lelaki Itu....

Dulu aku pernah berjanji..
akan menjadi isteri yang baik..
isteri kesayangan suami..
Yer.. itulah cita-cita agung dalam hati wanitaku..
malah sehiggalah saat aku dikasari.. di sepak terajang.. di caci maki..
masih tebal rasa hormatku pada 'lelaki itu' sebagai suami yang sah buatku..
kenapa aku begitu sabar dengan karenahnya..
biarpun 'lelaki itu' sebenarnya tidak layak untuk dihormati..
sedangkan dia juga tidak pernah menghormati ibu dan bapanya sendiri..
apatah lagi aku.. tapi dia tetap suami aku..
sehinggalah.. 'lelaki itu' menghalauku..
aku masih lagi menghormati dia.. masih lagi menjatuhkan air muka ku..
kerana 'lelaki itu'lah suami aku..
kerana telah berjanji untuk tidak mengasari, memukul, menarik rambutku,menendangku, menamparku..
biarpun janji 'lelaki itu' hanya untuk malam itu sehingga pagi esok sahaja..
namun aku bersyukur..
terselamatlah aku pada malam itu..
Dan percubaan 'lelaki itu'untuk membunuh bakal zuriat dalam rahimkumenyebabkan aku nekad.. melarikan diri dengan melanggartaklik yang telah 3 kali diulang tayang di pendengaran ku..
Saat aku melangkah keluar dari pintu pagar rumah 'lelaki itu'..
Aku sedar.. apa yang akan terlucut dariku..
Dan apa akibat dari perbuatan itu..
Namun aku tau.. Allah swt itu jauh lebih tahu..
betapa terpaksanya aku.. demi bakal zuriatku..
masa depan Adam Nurhakimi..
Aku terlalu inginkan kehadiran Adam Nurhakimi..
Kerana sejak aku tahu kehadiran satu ketulan darah itu dalam rahimku..
aku tahu itu kepunyaanku.. hak aku..
Akan tetap aku pertahankan biarpun tergadai nyawa sendiri..
'lelaki itu' juga tidak berhak mengambilnya dari aku..
dan 'lelaki itu' juga tidak layak bergelar ayah kepada Adam Nurhakimi..
kerana 'lelaki itu' lah yang telah cuba untuk membunuh zuriat sendiri..
Cuba untuk membuat aku kehilangan seseorang yang akan menemani hidup dan matiku..
Kini.. walaupun aku tiada peluang untuk membuktikan yang aku boleh menjadi yang baik untuk suami yang baik..
tapi aku tetap ada peluang untuk membuktikan pada diri aku sindiri..
yang aku masih boleh menjadi ibu yang baik..
selama-lamanya hak itu takkan dapat dirampas oleh 'lelaki itu' mahupun siapa-siapa..
Adam.. Mama akan berusaha menjadi ibu yang terbaik buat mu sayang..

Isnin, 9 Mac 2009

Kezaliman Seorang Suami

26 Mei 2008

Ya Tuhanku…
Kenapa aku yang Kau pilih…
Untuk menerima ujian-Mu ini...
Sesungguhnya aku pasrah pada-Mu..
Ya Tuhanku...
Hanya pada-Mu aku bersandar...
Di saat diriku terkapai-kapai...
Di landasan yang terkulai..
Lantaran suami yang teramanat buatku..
Ya Tuhanku...
Nilai kasih sayang sesama manuasia...
Tidak segagah kasih sayang-Mu pada semua...
Sesungguhnya suamiku termasuk dalam golongan alpa...
Zalim terhadap isteri yang Kau amanatkan buatnya...
Ya Tuhanku...
Hanya pada-Mu ku pasrah kini...
Kau yang lebih berhak untuk menghakimi...
Segala seksaan dan kezalimannya terhadapku selama ini...
Semoga dia mendapat petunjukmu...

Adam Nurhakimi

Adam..
Adam sayang mama tak..???
Urmm..
Adam tak kan salahkan mama kan..?
Kerana membawa Adam bersama mama..
Kerana mama melangkah keluar dari pintu pagar itu..
kan Adam..
Menyebabkan Adam tercerai daripada ayah mu nak..
Tapi mama terpaksa sayang..
Demi menyelamatkan mu..
daripada mangsa kegilaan ayahmu..
Adam sayang mama..
Dengar kan mama sayang..
Mama sayangkan Adam melebihi nyawa mama sendiri..
Masih mama terbayang..
Di saat ayahmu cuba membunuhmu..
Bagaikan hilang sudah nyawa mama..
Terduduk mama menangisi nasib mu..
Meraung mama kerana sayangkan mu..
Melutut mama mohon perikemanusiaan ayahmu..
Memohon keizinan untuk melahirkanmu..
Merayu simpati ayahmu dengan air mata mama..
Biarpun mama tahu tiada lagi simpati darinya buat mama..

Adam..
biarpun mama tahu amat susah untuk mama..
Membesarkan mu seorang diri..
Ditambah lagi dengan bebanan yang diwariskan ayahmu..
Tapi mama nekad..
untuk tetap mempertahanmu..

Adam..
hanya dirimu nak yang mampu mengangkat kembali maruah dan darjatmama
yang telah dipijak lumat olah ayahmu..
Hanya dirimu yang mampu memberikan perasaan seorang ibu buat mamamu ini..
Biarpun kehadiran mu nanti akan mama sambut seorang diri..
Dan pandangan matamu hanya dihiasi dengan suara dan wajah mama..
tanpa senda gurau seseorang yang layak untuk bergelar ayahmu..
Tapi mama berjanji akan mendidikmu dengan penuh kasih sayang..
Agar tidak mengikut jejak langkah ayahmu..

Adam..
Dengarlah sayang..
Luahan hati mama..
yang menunggu kelahiranmu..
Biarpun dengan debar di dada..
Biarlah orang lain tidak tahu..
mama tidak mengharapkan simpati daripada orang yang hanya memandang..
kerana mama tahu..
Tidak kemana semua itu Adam..
Yang mama tahu..
mama harus dan terlalu ingin melahirkanmu untuk menemani mama..
mama harus mendidikmu agar tidak bernasib seperti mama..
mama harus memberikan mu kasih sayang biarpun hanya mama seorang..
mama harus menjaga makan pakaimu walaupun mama tak tahu lagi bagaimamana..
mama harus menyediakan perbelanjaanmu secukupnya walaupun mama cukup takut andainya mama tak mampu..
mama harus memastikan pendidikanmu sehingga ke peringkat yang tertinggi..
mama harus membuatkanmu faham kenapa hanya mama di sisimu..
Dan Adam..
Maafkan mama kerana harus membuatmu lahir ke dunia tanpa ayah di sisi..
Tapi mama berjanji akan memberikanmu kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk mu..
Mama berjanji tidak akan mengabaikan mu sayang..
sehingga ke akhir usia mama..
kerana..
Mama terlalu menyayangi mu..



Nilai seorang wanita

'Aku wanita..
Dengan air mata..
Bukan untuk meminta simpati..S
ekadar keluh resah ku sendiri..'

Seringkali aku merenung jauh.. menghitungkan nilai harga diri.. yang pernah jatuh terkulai di ketika itu..
saat aku sepatutnya disayangi oleh insan bergelar suami.. saat itu lah aku dikasari..
dihadiahi dengan sepak terajang.. Disuapi dengan caci maki.. sedangkan aku ini masih..
dan baru sahaja bergelar isterinya..Siapakah aku di hatinya.. sedangkan dulu kasih sayang bermaharaja lela di hatinya..
tidakkan timbul rasa simpati di hatinya buatku.. yang berbadan kecil ini..atau.. tidak kah timbul rasa kasihan pada insan kecil di dalam rahimku..
malahan ingin di bunuhnya insan yang kini menjadi kesayangan ku..
Atau apakah kehadiran Adam Nurhakimi tidak dicitakannya.. namun mengapa diucapkan kata-kata itu..
dan tangisan seorang lelaki sebagai buktinya..
di suatu malam.. terlalu inginkan kehadiran seorang zuriat.. yang satu ketika dulu tidak sempat dipangku.. lantaran perbuatan seorang wanita..
namun itu haknya.. dan aku tidak menyalahkan wanita itu..malahan kini baru ku sedar.. disebalik kejadian..
aku tertipu dengan pujukan.. dan pancingan simpati dari lelaki itu.. yang tahu kelemahan berbaur simpati ku padanya.. sungguh aku tertipu..
berbekalkan dendam pada lelaki itu.. aku mengorak langkah.. dengan kehadiran Adam Nurhakimi.. penguat semangatku..yang hadir ke dunia tanpa sempat menghabiskan tempoh berehat.. 9 bulan 10 harinya.. telah bersamaku merempuh ranjau dan duri.. Adam Nurhakimi.. zuriatku.. yang hampir dibunuh bapa sendiri.. lahir ke dunia tanpa ditemani.. yang pada ketika itu..hanya aku..yang mengerti..
Penantian bersulam penyiksaan..hampir genap sehari.. berseorangan menunggu debar di dada.. dan kesakitan yang tiada perinya.. yang hanya seorang ibu yang tahu..di saat hanya di perbaringan dan wayar bersambungan..Hanya aku berseorangan.. yang mengharapkan sebuah kelahiran..yang menghadiahkan aku insan bernama Adam Nurhakimi.. yang sebenarnya telah lama menhiasi minda dan fikiranku.. yang telah sekian lama menemani siang dan malamku..gembira dan sedihku..
di saat aku dikasari.. disakiti..di caci maki.. di sepak terajang.. oleh lelaki itu..aku tahu.. Adam Nurhakimi tetap bersamaku.. ke mana saja aku tercampak..Adam Nurhakimi tetap utuh aku pertahankan..
sehingga kini.. Adam Nurhakimi tetap bersamaku.. susah dan senang aku.. tetap bertahta di hati ini.. di jiwa ini.. dan.. lelaki itu aku kuburkan bersama serpihan kasih yang tiada lagi bersisa.. hanya aku dan Adam Nurhakimi.. suatu nama yang telah terpatri di lubuk sanubari..hati wanitaku.. sejak malam pertama bergelar isteri..Inilah zuriatku.. hasil seni duka laraku.. sebagai bukti mahalnya nilai aku sebagai seorang wanita...